Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ulama PAS: Pijak gambar Hadi satu penghinaan
Diterbitkan:  Sep 1, 2015 3:24 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Dewan Ulama PAS menganggap tindakan peserta yang memijak gambar presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa perhimpunan BERSIH 4 sebagai perbuatan yang menghina ulama.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Mahfodz Mohamed berkata beliau bimbang sekiranya penghinaan itu akan mengundang reaksi balas yang negatif.

“Penghinaan kepada mana-mana pemimpin utama parti politik boleh mengundang reaksi balas yang tidak dapat dijangka.

“Akhirnya ia boleh membawa kepada pertembungan yang lebih buruk terhadap keharmonian bermasyarakat.

“Oleh itu penghinaan peribadi perlu ditolak dalam amalan berpolitik di negara ini kerana ia merupakan politik emosi dan nafsu,” kata Mahfodz dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada gambar yang menunjukkan seorang peserta memijak cetakan imej Hadi semasa perhimpunan tersebut.

Cetakan imej tersebut menunjukkan gambar Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dipercayai disunting.

Mahfodz berkata, pemimpin parti politik sepatutnya mendidik anggota parti mereka agar tidak bertindak seperti itu.

Mengulas isu sama, seorang bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata BERSIH sepatutnya memohon maaf kepada Hadi atas kejadian berkenaan.

Zaid Ibrahim has called on Bersih to apologise to PAS over the incident where protesters were photographed stomping on an image of PAS president Abdul Hadi Awang.

“BERSIH perlu memohon maaf kepada PAS. (Tindakan) memijak Hadi adalah insiden malang yang tidak patut dipersalahkan pada BERSIH, tapi mohonlah maaf,” katanya.

Dalam tulisannya di Twitter itu, Zaid berkata anggota PAS pastinya akan menghargai tindakan memohon maaf seperti itu.

Lihat Komen
ADS