Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tidak bijak jika pecat Muhyiddin, Shafie'
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 4:39 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Timbalan pengerusi tetap Umno Tan Sri Mohamad Aziz bimbang dengan spekulasi bahawa mesyuarat majlis tertinggi itu akan menyingkirkan timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamad memberi peringatan bahawa pemecatan tersebut adalah langkah yang tidak bijak sama sekali.

“Majlis tertinggi akan mengadakan mesyuarat pada 9 September dan diberitakan bahawa majlis tertinggi akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

"Jika benar berlaku ianya merupakan keputusan tidak bijak ahli majlis tertinggi yang tentu akan menimbulkan kemarahan ahli parti.

"Tentunya keputusan tersebut akan menimbulkan perpercahan di kalangan ahli parti (dan) seterusnya melehahkan parti,” kata Mohamad dalam kenyataannya.

Mohamad berkata, majlis tertinggi itu sepatutnya berusaha untuk memastikan Umno diterima oleh rakyat dan tidak membuat keputusan yang merugikan parti.

“Majlis tertinggi perlu mendengar suara hati ahli dan rakyat akar umbi bagi meletakkan kembali perjuangan parti di landasan yang disegani dan lebih dihormati.

Beliau turut mengingatkan bahawa Muhyiddin dan Shafie dipilih oleh 3.2 juta ahli Umno dan nasib mereka tidak boleh diputuskan oleh 40 orang anggota majlis itu sahaja.

Mohamad yang juga merupakan pemimpin Umno yang pertama memberi sokongan kepada Muhyiddin apabila timbalan presiden Umno itu digugurkan dari jawatan timbalan perdana menteri, akhir Julai lalu.

Mohamad mengulas khabar angin bahawa Muhyiddin dan Shafie merupakan antara tujuh pemimpin Umno yang mungkin disingkirkan apabila masjlis tertinggi bermesyuarat, 9 September.

Lihat Komen
ADS