Maria, MP, dua yang lain didakwa di bawah PAA

Kow Gah Chie        

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah; MP PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan dua yang lain, dihadapkan ke mahkamah hari ini di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan #KitaLawan pada 28 Mac.

Mereka tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mengadakan protes haram.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menetapkan jaminan RM500. Majistret menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman, dan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Sim akan kehilangan status ahli Parlimen jika sabit kesalahan.

Dua lagi didakwa ialah aktivis Mandeep Singh dan pemimpin Jingga 13 Fariz Musa.

Sementara itu, pemimpin Pemuda Parti Amanah Negara, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (foto) dikenakan tuduhan hasutan kerana ucapannya di perhimpunan #KitaLawan pada 21 Mac.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Fakhrulrazi tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Majistret menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes itu.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In