Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hong Kong siasat deposit dikaitkan dengan Najib
Diterbitkan:  Sep 11, 2015 11:00 AM
Dikemaskini: 4:57 AM

Penyiasat Hong Kong turut membuka siasatan terhadap siri deposit yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Siasatan terbaru itu dimulakan di tengah-tengah pendedahan bahawa RM2.6 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib yang mencetuskan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Financial Times , polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan.

Ini, katanya, adalah berkaitan dengan deposit bank lebih daripada AS$250 juta yang didakwa dibuat di sebuah cawangan Credit Suisse di sana.

Siasatan bermula selepas bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan (gambar) membuat laporan polis di Hong Kong pada 30 Ogos.

Dalam laporan polis, Khairuddin telah menamakan empat syarikat yang didakwanya dimiliki oleh jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low dan keluarganya.

Dalam laporan polis it

u, Khairuddin turut meminta polis Hong Kong menyiasat kemungkinan transaksi antara 1MDB dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low (foto).

Tidak jelas sama ada dana yang didakwa itu ada kaitan dengan RM2.6 bilion deposit dalam akaun bank peribadi Najib.

SPRM berkata wang itu tiada kaitan dengan 1MDB tetapi berkata ia merancang untuk memanggil Najib bagi menjelaskan tentang deposit tersebut.

Najib telah menafikan mengambil wang rakyat untuk kegunaan peribadi manakala penyokongnya mendakwa wang itu adalah sumbangan politik.

Switzerland dan Singapura juga menjalankan siasatan terhadap 1MDB yang kini bergelut untuk membayar balik hutang AS$11 bilion. Mkini English

Lihat Komen
ADS