Gangguan akses: Bank Rakyat jamin simpanan, data pelanggan selamat
Bank Rakyat memberi jaminan sistem serta operasi perbankannya terus beroperasi seperti biasa dengan data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas meskipun berlaku gangguan akses buat sementara waktu.
Bank Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan akses yang berlaku hanya menjejaskan laman web korporat bank itu dan berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
Bank itu memaklumkan sementara pemulihan akses laman web korporat dilaksanakan, pelanggan boleh terus menjalankan urusan perbankan seperti biasa melalui saluran alternatif seperti laman web iRakyat https://irakyat.com.my, aplikasi perbankan mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT.
“Kami memohon maaf atas kesulitan dialami dan menghargai kesabaran anda. Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.
Bank Rakyat menegaskan keselamatan dan kepentingan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka.
Semalam, portal korporat Bank Rakyat dilaporkan mengalami gangguan capaian buat sementara waktu, dan pelanggan dinasihatkan agar menggunakan saluran digital dan aplikasi mudah alih alternatif bagi meneruskan urusan perbankan.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/07/eb7d48ea567ca84a0effae9d3f58da5b.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.