Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden UMNO, Mohd Shafie Apdal berkata perhimpunan yang bertujuan menyakitkan hati dan melakukan provokasi pihak lain semasa sambutan kemerdekaan atau Hari Malaysia perlu dielakkan.

"Perlu ada penghormatan kepada negara dan bukan dengan perhimpunan untuk tujuan yang tidak tentu kerana ia hanya memporak perandakan keharmonian kaum.

"Jangan sesekali mencemarkan sambutan berkenaan dengan perkara yang boleh mengakibatkan perpecahan dan perbalahan," kata Anggota Parlimen Semporna itu ketika merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Bum-Bum, dekat Semporna hari ini.

Kenyataan beliau itu dilihat mempunyai kaitan dengan "Himpunan Rakyat Bersatu" anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di ibu negara esok.

Mohd Shafie berkata, program kemerdekaan dan Hari Malaysia perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang boleh mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Beliau berkata perpaduan kaum merupakan tonggak utama yang dapat memastikan keharmonian dan keamanan negara terus kukuh.

"Usaha berterusan dalam memastikan negara terus makmur perlu dipikul bersama oleh semua pihak tanpa mengira kaum dan agama," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS