Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Veteran Umno pertikai TPPA dengan 'negara pokai'
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 6:42 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

Sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai, Malaysia diibaratkan sebagai negara yang tidak mementingkan bangsa, kata veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.

Bekas menteri besar pusat dan menteri besar Kedah itu berkata disebabkan ingin "berkawan" dengan Amerika Syarikat, Malaysia terlupa bahawa negara itu sebuah “negara pokai”.

"Kalau orang lemas di sungai, kayu pun dia pegang, najis pun dia pegang. Sekarang umpama tiada kepentingan bangsa.

"(Tetapi) sebab nak berkawan dengan Amerika, kita lupa yang negara mereka itu negara yang pokai dan disokong oleh kapitalisme.

"Kalau orang politik bolehlah cakap TPPA ini penyelamat kita. Saya pun orang politik juga dulu. Tapi sekarang bertaubat banyak dah," katanya sambil menerima tepukan dari hadirin.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata demikian dalam program Bicara Minda di Shah Alam hari ini.

Sanusi juga memberi amaran bahawa kesan menandatangani TPPA tidak akan dirasai sekarang seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sebaliknya, katanya, kesan jangka masa panjang bakal dirasai memandangkan pelbagai barangan akan dinaikkan harga termasuk ubat-ubatan.

"Ia bergantung kepada anda ingin ambil hati siapa.

"Kalau nak jaga hati kawan, Amerika, anda akan tanda tangan sebab semua ini Amerika yang punya idea.

"Ia tidak akan memberi kesan dalam jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang, ya. Ia tidak seperti GST," katanya.

Lihat Komen
ADS