Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Direman kerana tulisan 'melawan berhala'
Diterbitkan:  Oct 8, 2015 6:45 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Aktivis Khalid Mohd Ismath direman dua hari selepas ditangkap semalam.

Beliau ditahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana “penggunaan tidak sesuai kemudahan dan perkhidmatan jaringan”, kata bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

“Terdapat dakwaan dia (Khalid) tulis sesuatu berkaitan (peguam) Kamal Hisham Jaafar dan sultan Johor,” katanya kepada Malaysiakini .

(Admin) Alhamdulillah masih tetap.bersemangat melawan. Stay strong! pic.twitter.com/Au62tNV7va

— khalid Ismath (@khalidismath) October 8, 2015

Katanya, Khalid ditahan di tempat kerja dan dibawa balik ke rumahnya di Klang.

Polis merampas telefon bimbit, komputer dan modem Internet, kata Arutchelvan.

Khalid kemudian dibawa ke balai polis Johor Bahru Selatan, di mana dia direman, menurut ahli politik berhaluan kiri itu.

Kamal Hisham ditahan pada awal September susulan kes penipuan dan didakwa pecah amanah. Dia dibebaskan dengan jaminan.

Dia sebelum itu menggesa sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turun takhta jika mahu terlibat dalam politik.

Khalid pada 6 Oktober menulis di Twitter:

“Jangan kita lupa, ada 2 orang yang sedang ditahan dipenjara sebelum dibuktikan bersalah. 1) Kamal Hisham 2) Khairuddin – mereka berdua melawan berhala.”

Khalid merujuk kepada bekas ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) selepas mengadu kes 1MDB di peringkat antarabangsa.

[Baca berita asal]

Jangan kita lupa,ada 2 org yg sdg ditahan dipenjara sblm dibuktikan bersalah. 1) Kamal Hisham 2) Khairuddin mereka berdua melawan berhala.

— khalid Ismath (@khalidismath) October 6, 2015

Lihat Komen
ADS