Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG sahkan Khairuddin, Chang tak didakwa ikut Sosma
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan bahawa bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Katanya, di sebalik banyak kenyataan yang mengelirukan, Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas saja.

"Jabatan Peguam Negara menjelaskan bahawa Sosma adalah undang-undang prosedur yang menyediakan langkah-langkah khas untuk membantu siasatan bagi pendakwaan 'kesalahan keselamatan'.

"Definisi 'kesalahan keselamatan' adalah jelas menunjukkan bahawa Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas," kata Apandi dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau merujuk kepada takrif "kesalahan keselamatan" yang disenaraikan dalam Sosma.

Apandi juga merujuk kepada kenyataan bersama yang dibuat oleh beberapa pemimpin veteran BN semalam.

Mereka termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat dan Tun Dr Ling Liong Sik.

Mereka membidas tangkapan terhadap Khairuddin dan Chang mengikut Sosma dan juga pertuduhan yang dikenakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS