Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Minit mesyuarat lembaga 1MDB bertarikh 3 Oktober 2009, yang menunjukkan lembaga pengarahnya menuntut RM700 juta daripada PetroSaudi International (PSI) sebagai pulangan usaha sama, nampaknya asli, kata presiden syarikat itu.

Arul Kanda Kandasamy berkata demikian ketika ditemui dalam forum anjuran MCA di Kuala Lumpur hari ini.

“Kami sahkan lagi, melalui sidang media hari ini, minit itu nampaknya asli.

“Kami sudah tentu bimbang berkaitan kebocoran dokumen rahsia dan peribadi, jadi pada 12 Oktober kami buat pengumuman,” katanya.

Arul berkata, 1MDB membuat laporan polis berhubung kebocoran itu dan berharap pihak berkuasa menyiasat dan bertindak.

Diasak lagi pemberita mengesahkan sama ada minit mesyuarat itu benar atau tidak, Arul berkata “daripada aspek minit lembaga, kami sahkan bahawa ia nampaknya asli."

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS