Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JK Pemilihan lantik lima anggota baru PAC
Diterbitkan:  Oct 26, 2015 11:14 AM
Dikemaskini: 4:08 AM

PARLIMEN Jawatankuasa Pemilihan hari ini melantik lima ahli parlimen menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Empat daripada mereka adalah ahli parlimen BN yang akan menggantikan bekas anggota PAC yang kini memegang jawatan dalam jemaah menteri. Manakala PAS pula menggantikan seorang daripada anggotanya yang meninggalkan parti itu.

Ahli jawatankuasa baru BN itu terdiri daripada Ahli Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh, Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dan Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong.

Mereka menggantikan Datuk Madius Tangau, Datuk Mas Ermieyati Shamsudin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Chua Tee Yong yang dinaikkan pangkat dalam rombakan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

PAS pula melantik ahli parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan sebagai wakilnya dalam PAC, untuk menggantikan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar yang melompat parti menyertai PKR bulan lalu.

Perlantikan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Khamis lalu.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin dilantik sebagai ketua PAC, yang baru bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang kini Timbalan Menteri Dalam Negeri.

PAC kini di bawah penelitian awam kerana sedang menyiasat skandal 1MDB yang kini sarat hutang.

Lihat Komen
ADS