Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Umno langsung tak terima perbezaan pendapat'
Diterbitkan:  Oct 30, 2015 4:26 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz semakin bimbang terhadap apa yang berlaku dalam Umno hari ini.

"Perkara menjadi sangat peribadi... sehingga semuanya kelihatan seperti ada dendam peribadi. Tumpuan difokus kepada individu berhubung pelbagai sebab dan bukan kepada parti serta kepentingan ahli.

"Kata-kata yang menyakitkan hati dilempar, serangan peribadi menjadi norma. Paling teruk, tiada tolak ansur langsung kepada sebarang suara yang ingkar atau berbeza pandangan," katanya dalam Facebook.

Kenyataan bekas ketua wanita Umno itu dibuat ketika spekulasi semakin hangat bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal digantung dari kedudukannya.

Rafidah memberi amaran bahawa akan menjadi "kesilapan besar atau persendaan" jika pemimpin hanya mendengar suara penyokong mereka sahaja.

Penyokong pula, katanya, dijangka menyuarakan apa yang mereka fikirkan pemimpin mahu mendengar.

"Tidak ramai penyokong yang mahu menghulur tengkuk untuk menyatakan sesuatu yang berbeza. Dan dalam politik, adalah lumrah untuk tidak mempersoalkan atau untuk menunjukkan perbezaan pendapat, "katanya.

Rafidah berkata isu yang dihadapi oleh parti dan negara bukan isu peribadi pemimpin, justeru, elemen peribadi mesti diketepikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS