Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) mengumumkan tambang perkhidmatan Komuter di Lembah Klang akan naik maksimum RM7.10 bagi satu perjalanan.

Bercakap dalam sidang media di hab pengangkutan awam KL Sentaral, Pengerusi KTM Berhad Sarbini Tijan berkata kadar baru itu akan berkuat kuasa 2 Disember depan.

Katanya, kenaikan itu bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan yang meningkat saban tahun.

Begitu juga dengan kos pembelian alat ganti berkaitan yang semakin mahal yang berpunca daripada kejatuhan nilai ringgit, katanya lagi.

Sarbini berkata peningkatan itu hanya melibatkan laluan Tanjung Malim-Sungai Gadut dan Batu Caves-Pelabuhan Klang.

Ringgit kini merosot teruk di bawah paras RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS