Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak tahu tentang wujudnya usaha untuk menubuhkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno di negeri itu.

Selain itu, Azmin berkata, beliau juga tidak mencampuri urusan parti lain.

"Saya tak campurlah. Itu politik parti lain.

"Saya tak tahu... Saya tidak tahu-menahu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan ADUN Salor Datuk Husam Musa yang mendakwa PAS merancang untuk menubuhkan kerajaan bersama Umno di Selangor.

Ditanya lagi mengenai kenyataan Husam itu, timbalan presiden PKR itu berkata:

“Kena tanya Datuk Husamlah. Saya tidak tahu. Saya tidak didedahkan kepada maklumat itu. Jadi, kamu kena tanya Datuk Husam," katanya.

Husam dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Dalam video ucapan yang dimuat naik di Internet pagi ini, Husam mendakwa Hadi mengaku mengajak dua atau tiga ADUN PKR menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri bersama Umno.

Walaupun tidak menyatakan tempoh masa berkenaan, ia dipercayai merujuk keadaan semasa krisis menteri besar Selangor ketika PKR mahu menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Lihat Komen
ADS