Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Di tengah-tengah spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan digantung , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa hanya seorang ketua wanita bahagian yang dipecat.

Najib yang juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman atas alasan berkaitan displin parti.

“Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin.

"Perkara lain juga turut dibincangkan tetapi tiada keputusan dibuat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini.

Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.

Hamidah adalah juga ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie, selaku timbalan presiden dan naib presiden, tidak hadir pada mesyuarat yang bermula pada kira-kira pukul 6 petang itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS