Kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan tetap dinaikkan mulai I Januari
Kenaikan tol 10 peratus yang dicadangkan di Lebuhraya Utara Selatan mulai 1 Januari ini akan berjalan sebagaimana dirancang, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu hari ini.
Kenaikan tol 10 peratus yang dicadangkan di Lebuhraya Utara Selatan mulai 1 Januari ini akan berjalan sebagaimana dirancang, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu hari ini.
"Tol di Lebuhraya Utara-Selatan akan dinaikkan mulai 12.01 pagi 1 Januari ini. Ia akan diteruskan seperti dirancang. Ini dibincang dalam mesyuarat kabinet semalam," katanya.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai Perundingan Awam bagi Mempromosi Perubahan menerusi Perkongsian Komuniti: Memperkasa Masyarakt India Malaysia, anjuran Pengguna Malaysia
ERA Petaling Jaya hari ini.
Menurut Bernama , Samy Vellu berkata orang ramai dan Ahli Parlimen hendaklah faham bahawa kerajaan tidak dapat menanggung beban subsidi kadar tol.
Menurutnya, kerajaan perlu membayar RM600 juta setahun kepada penerima konsesi lebuh raya itu, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), jika kadar tol tidak dinaikkan.
Awal minggu ini, Ahli Parlimen sewaktu sidang Dewan Rakyat, menentang langkah kerajaan membenarkan Plus menaikkan kadar tersebut sebagaimana mengikut perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat berkenaan.
Wakil rakyat bantah
Samy Vellu kemudian berjanji membawa rungutan itu ke mesyuarat kabinet, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Kelmarin, Samy Vellu menjadi sasaran kritikan ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang membantah kenaikan 10 peratus kadar bayaran tol di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Ketika bangun menjawab kritikan tersebut, beliau berkata: "Jika rakyat tolak, saya tidak boleh buat apa-apa, tetapi saya boleh sampaikan mesej ini dalam mesyuarat jemaah Kabinet, esok."
Isu kenaikan tol itu dibawa oleh Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan disokong oleh ahli-ahli Parlimen lain.
Mohamed membangkitkan isu itu dan membidas Plus Expressway Berhad yang telah menerima keuntungan berjuta-juta ringgit dengan pertambahan jumlah kenderaan, tetapi asyik menaikkan kadar tol.
"Semua rakyat tolak kenaikan kadar tol ini, maka saya sebagai seorang wakil rakyat, mewakili 25 juta rakyat di negara ini, membantah kenaikan ini. Saya yakin pembangkang pun sokong," tegas beliau.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.