Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak faham kenapa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mensasarkan Presiden Datuk Seri Najib Razak.

“Akhirnya hendak minta letak jawatan.

“Saya pun tak faham. Mungkin gila kuasa,” katanya yang juga menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau menegaskan Umno mempunyai stuktur dan kenyataan berkaitan hal ehwal dalaman tidak perlu dibawa keluar.

“Saya dah cakap, jangan melampaui batas,” katanya.

Setelah dibataskan dalam perhimpunan agung Umno, Muhyiddin semalam bercakap kepada penyokongnya dalam sebuah majlis khas di ibu negara.

Beliau terus melontarkan kritikan terhadap kepimpinan Najib dan isu-isu berbangkit dalam negara, terutamanya dalam kes 1MDB.

Beliau menegaskan bahawa pihak menjadi “barah dan nanah” dalam Umno mesti ditolak selain membacakan gesaan di Internet supaya Najib berundur daripada jawatannya.

Lihat Komen
ADS