Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amy Ho tinggalkan mesej atas tisu buat Muhyiddin
Diterbitkan:  Dec 14, 2015 5:49 PM
Dikemaskini: 11:04 AM

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi mesej sokongan terhadap pendirian kritikalnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menerima mesej itu ketika dilihat makin bersendirian menyampaikan kritikannya setelah digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan dipinggirkan dalam perhimpunan agung partinya minggu lalu.

Di Facebooknya hari ini, Muhyiddin memuat naik sekeping gambar tisu dengan pesanan mesej seorang perempuan yang dinyatakan sebagai “Amy Ho” di atas kertas tisu.

Ia diberikan kepada Muhyiddin di sebuah kafeteria pagi ini.

“Ke hadapan Tan Sri Muhyiddjn Yassin, ribuan terima kasih kerana bangun bersuara untuk kami semua ketika tiada seorang pun lakukannya.

“Kami sentiasa bersamamu dan kami berdoa supaya perjuanganmu tak sia-sia.

“Moga-moga Allah merahmatimu dan negara ini,” demikian menurut mesej itu, yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Muhyiddin juga dilihat sangat berbesar hati menerima penghargaan itu.

Bersama gambar tisu keronyok itu, beliau memuat naik ucapan terima kasihnya untuk ditatap penyokongnya yang lain.

“Mesej yang tulus ikhlas saya terima daripada seorang wanita di kafe pagi ini. Terima kasih!” katanya.

A heartfelt message I received from a lady at a cafe this morning. Thank you!

Posted by Muhyiddin Yassin on Sunday, 13 December 2015

Lihat Komen
ADS