Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fitnah Rafizi akibatkan Shahrizat hilang kerja, kata suami

“Fitnah” Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam kes Pusat Fidlot Kebangsaan mengakibatkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil kehilangan jawatannya dalam kabinet, kata suaminya.

Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga adalah pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes fitnah terhadap Rafizi dan portal berita Malaysiakini hari ini.

Ketika disoal balas oleh peguam Rafizi, Razlan Hadri Zulkifli, Salleh tidak bersetuju bahawa Shahrizat meletak jawatan secara sukarela.

Sebaliknya, beliau menyalahkan tekanan orang ramai yang berpunca daripada dakwaan Rafizi terhadap NFC.

"Tidak, ia kerana fitnah anak guam anda dan kemarahan orang ramai terhadapnya yang menyebabkan itu. (Beliau) bukan secara sukarela meletakkan jawatan.

"Beliau terpaksa berundur," kata Salleh.

Shahrizat melepaskan jawatannya daripada Kabinet pada 11 Mac, 2012, sebulan sebelum tempohnya sebagai ahli Dewan Negara berakhir.

NFC dan Salleh memfailkan saman terhadap Rafizi dan Malaysiakini pada 2013 berhubung pernyataan yang berkaitan dengan pinjaman untuk membeli KL Eco City Properties yang dibuat oleh Rafizi pada 7 Mac, 2012 dan disiarkan oleh portal berita itu pada tarikh yang sama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS