Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktiviti bauksit digantung atau tak di Kuantan?
Diterbitkan:  Jan 2, 2016 4:41 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Penduduk Kuantan menarik nafas lega selepas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam dilaporkan berkata kabinet mengarahkan penggantungan aktiviti bauksit di tempat itu.

Bagaimanapun, perkara itu tidak lama. Perasaan lega bertukar menjadi keliru.

Semuanya bermula selepas beberapa akhbar Cina meminda laporan dengan menyebut Liow hanya menyebut perkataan “semak semula” dan bukan “penggantungan”.

Akhbar itu termasuk Sin Chew Daily dan Oriental Daily .

Versi pindaan menyebut bahawa pusat mencadangkan kepada kerajaan Pahang untuk segera menyemak aktiviti perlombongan bauksit.

Bagaimanapun, China Press mengekalkan laporan yang menyebut kabinet “meminta kerajaan negeri menggantung perlombongan bauksit di Kuantan” dan Kementerian Pengangkutan akan menyemak semula prosedur operasi mengangkut bauksit.

Utusan Malaysia hari ini turut melaporkan laporan sama dengan menyebut, kabinet memberhentikan aktiviti itu yang menyebabkan pencemaran dan kebimbangan meluas.

Malaysiakini sudah menghubungi Liow dan sedang menunggu penjelasannya.

Pembantu Liow, Lim Chau Leng, berkata tidak dapat menolak atau mengesahkan laporan berkaitan kerana tidak berada ketika kenyataan itu dibuat,

Manakala penduduk Kuantan pula berkata aktiviti bauksit hari ini berjalan seperti biasa,.

“Lori bauksit masih ada di mana-mana,” kata seorang pengguna Facebook Jamalarief Musa.

Anggota parlimen Kuantan Fuziah Salleh ( gambar ) juga mahukan penjelasan kerajaan dalam isu itu.

Kuantan menjadi sumber alternatif bauksit selepas Indonesia melarang barang ia dieksport pada 2014.

Perlombongan bauksit memberi durian runtuh kepada sesetengah penduduk Kuantan tetapi juga masalah alam sekitar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS