Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Moratorium 3 bulan? Menyedihkan, kata Tengku Puan Pahang
Diterbitkan:  Jan 7, 2016 5:00 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Berikutan aktiviti perlombong bauksit yang menyaksikan sekitar bandar Kuantan dilitupi debu merah, isteri Tengku Mahkota Pahang hari ini mempersoalkan sama ada moratorium tiga bulanyang diumumkan kerajaan semalam adalah mencukupi.

"Alhamdulillah... tetapi tiga bulan sahaja?" kata Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram sambil memuat-naikkan keratan sebuah akhbar mengenai moratorium itu.

Beliau menganggap perkembangan itu sebagai "menyedihkan" dan sebelum ini menzahirkan rasa dukacita terhadap pencemaran akibat aktiviti bauksit di negerinya itu.

Kenyataan itu dibuat ketika ada rakyat yang memohon campur tangan pihak istana dalam perkara itu.

alhamdulillah... but 3 months only???

A photo posted by #airtangantengkupuanpahang (@tengku_puan_pahang) on

"Kita perlu campur tangan Raja-raja," kata pengguna Instagram firdaus_norazmar yang mengulas kemas-kini Tengku Puan Pahang itu.

Ada juga yang mengeluh kerana pihak istana tidak lagi mempunyai kuasa mengarahkan kerajaan negeri untuk menghentikan aktiviti berkenaan.

"Tuanku, tolong buat sesuatu. Kami rakyat jelata tidak ada suara lagi, "kata seorang lagi pengguna Instagram mattmarzuki.

Tunku Azizah adalah isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tunku Abdullah Ahmad Shah.

Bagaimanapun, posting di laman Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) menunjukkan ramai yang tidak menaruh harapan bahawa pihak istana mampu membantu mereka.

Mereka mendakwa bahawa aktiviti perlombongan berlaku di tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS