Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wee: Saya tak umumkan penggantungan biasiswa JPA
Diterbitkan:  Jan 23, 2016 6:48 AM
Dikemaskini: 11:08 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong berkata, beliau tidak mengumumkan penggantungan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) biasiswa.

Wee berkata penglibatannya dalam isu ini hanya sekadar menjawab keprihatinan ibu bapa tentang biasiswa itu yang telah dilaporkan secara meluas dalam media.

"Pertama, saya tidak mengumumkan penggantungan biasiswa JPA - itu perlu saya perjelaskan.

"Kedua, apabila ibu bapa menghadapi beberapa masalah, mereka sentiasa datang kepada kami.

"Kami akan bangkitkan perkara itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut (di kabinet)," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi awal pagi ini.

Wee merujuk kepada laporan akhbar mengenai aduan daripada ibu bapa bahawa anak-anak mereka tidak dapat memohon biasiswa JPA tahun ini.

Oleh itu, Wee berkata, beliau tidak harus dipersalahkan berkaitan status biasiswa itu.

Pada hari Rabu, Wee telah dipetik oleh Sin Chew Daily sebagai berkata beliau telah membangkitkan isu itu di kabinet dan menggesa supaya biasiswa itiu diberikan semula.

Ini telah memberi gambaran yang aduan daripada ibu bapa dan pelajar bahawa biasiswa JPA telah digantung, adalah benar.

Bagaimanapun, Wee berkata perkara itu telah dibawa ke kabinet yang kini sedang menunggu laporan mengenai isu itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS