Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BNM sahkan nasihati Tabung Haji tentang pengurusan risiko
Diterbitkan:  Jan 26, 2016 5:00 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menghantar notis nasihat kepada Lembaga Tabung Haji mengenai amalan pengurusan risikonya tetapi mengatakan dana haji itu telah mengambil tindakan pembetulan dan menuju ke "satu kedudukan kewangan yang mampan dan sihat".

"Berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji, institusi itu secara proaktif telah mengambil langkah sesuai memperkukuhkan lagi amalan pengurusan risikonya, baik atas inisiatifnya sendiri dan sebagai respons kepada urusan-urusan terdahulu dengan Bank Negara," kata bank pusat itu dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Ini akan menguatkan satu kedudukan kewangan mampan dan sihat institusi itu di masa hadapan," kata kenyataan Bank Negara.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut mahupun mengesahkan atau menafikan jika surat yang edarkan dalam talian baru-baru ini, adalah dari Bank Negara kepada Tabung Haji, atau berkaitan dengan 'amalan pengurusan risiko'.

Dokumen yang bocor itu dikatakan memperincikan nasihat oleh bank pusat kepada Tabung Haji mengenai penyusutan rizabnya dan nilai pelaburannya yang merosot.

Bank Negara menjelaskan bahawa walaupun Tabung Haji bukan suatu institusi perbankan, hubungan dengan sektor kewangan menjadikan ia satu entiti yang berada di bawah kawalan selia industri perbankan.

"Manakala Lembaga Tabung Haji bukan di bawah penyeliaan langsung Bank Negara, nasihat dikeluarkan oleh Bank Negara kepada institusi-institusi kewangan bukan bank bertujuan untuk memastikan institusi itu akan terus diurus dengan baik dan berkesan melaksanakan peranan yang mereka lakukan. Ini seterusnya akan menyumbang kepada kestabilan kewangan," katanya.

Baca berita penuh.

Lihat Komen
ADS