Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
30,000 tandatangan petisyen buka semula kes Najib
Diterbitkan:  Feb 12, 2016 2:00 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Seramai 30,000 orang telah menandatangani petisyen atas talian bagi memohon Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu membuka semula siasatan terhadap perdana menteri dalam isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB.

Perkara itu diumumkan dalam Facebook kempen “ 1 Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak ” hari ini.

Petisyen yang dilancarkan oleh anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli pada Ahad itu menggesa raja-raja Melayu turut melantik pendawa bebas bagi mengetuai siasatan itu.

“Patik memohon kebijaksanaan DYMM Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu agar seorang pendakwa bebas dilantik untuk membuka kembali kertas siasatan seterusnya mempertimbangkan pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan tuduhan-tuduhan terhadap beliau adalah berat dan mencemarkan imej negara,” menurut petisyen itu.

Usaha itu dimulakan dua minggu selepas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku jenayah dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes.

Najib pada 2013 menerima AS$681 juta daripada seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi.

Siasatan terhadap SRC Internationa lpula meneliti kelulusan pinjaman RM4 bilion, bekas anak syarikat 1MDB itu, daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang diluluskan kabinet.

Rafizi mahu kes berkaitan dibuka semula susulan komen Menteri LuaR Arab Saudi Adel al-Jubeir bahawa derma RM2.6 bilion itu adalah 'pelaburan' private individual dan bukan sumbangan diraja.

Najib menafikan sebarang salah laku dan dakwaan salah guna dana awam.

Lihat Komen
ADS