Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli Parlimen Belia syor kaji semula kesalahan hisap ganja
Diterbitkan:  Feb 17, 2016 8:00 PM
Dikemaskini: 12:11 PM

Seorang wakil Ahli Parlimen Belia mencadangkan supaya kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

"Ganja bukan dadah... Saya hanya luahkan pendapat belia yang saya temui di peringkat akar umbi," kata Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli yang dipetik oleh The Star Online .

Kenyataannya itu ditweet semula oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Muhamad Ridhwan, yang mewakili Selangor, membahaskan usul mengenai meningkatkan undang-undang dadah di negara ini pada sidang Parlimen Belia, hari ini

"Mereka kata bahawa ganja adalah sah di Amerika Syarikat dan Australia, yang merupakan sebahagian negara yang menganggotai TPPA.

"Jika demikian, kita harus menyusul dan setanding dengan mereka supaya tidak bertentangan dengan TPPA," katanya.

Muhamad Ridhwan menegaskan bahawa beliau tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi semata-mata mahu ia dikawal selia.

Katanya, ganja hanya menyumbang sebanyak lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS