Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf berhubung dakawan beliau bertanggungjawab menyebabakan krisis politik hari ini yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bagi tahu apa yang saya lakukan,” kata Mahathir sambil menafikan kritikan bahawa dirinya yang menyebabkan badan kehakiman menjadi lesu.

"Saya tolak dakwaan yang saya melemahkan badan kehakiman.

"Badan kehakiman semasa saya (jadi perdana menteri) boleh mengharamkan Umno," katanya.

Beliau berkata ini tidak mungkin dapat dilaksanakan hari ini dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak membenarkan sebarang dakwaan ke mahkamah.

Episod di mana Mahathir didakwa melemahkan badan kehakiman berlaku pada tahun 1988 selepas mahkamah mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram.

Ini, bersama dengan beberapa penghakiman lain oleh mahkamah yang tidak memihak kepada kerajaan, mendorong Mahathir untuk meminda perlembagaan untuk menghadkan kuasa badan kehakiman.

Sementara itu, Mahathir yang keluar Umno hari ini menafikan beliau meninggalkan parti kerana kecewa bahawa anaknya Datuk Seri Mukhriz tidak dijadikan perdana menteri.

"Jika saya mahu berbuat demikian, semasa saya adalah perdana menteri, saya akan usahakannya," kata beliau.

Mahathir sebelum ini dikenali dengan sikap tegasnya yang tidak membenarkan ahli keluarganya menyertai politik mahupun perniagaan yang berkaitan dengan kerajaan ketika beliau masih berkuasa.

"Saya tidak amalkan nepotisme," katanya.

Lihat Komen
ADS