Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Saya tak pernah pecat gabenor Bank Negara
Diterbitkan:  Mar 3, 2016 3:10 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah memecat mana-mana gabenor Bank Negara semasa menjadi perdana menteri.

Dalam temu bual dengan Bloomberg yang disiarkan hari ini, katanya hanya Yang di-Pertuan Agong boleh melantik gabenor atas nasihat perdana menteri.

Menurut Mahathir, pada hari beliau mahu melaksanakan kawalan mata wang, gabenor bank pusat dan timbalannya, ketika itu menyerahkan surat peletakan jawatan mereka.

"Oleh itu, saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melantik orang 'ketiga', iaitu (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz untuk menjalankan tugas sebagai gabenor.

"Dan selepas itu, saya buat cadangan supaya beliau jadi gabenor. Saya tidak pecat mana-mana gabenor," katanya.

Pada tahun 1998, Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don dan timbalannya, Datuk Fong Weng Phak masing-masing meletakkan jawatan.

Ditanya sama ada gabenor Bank Negara akan kekal bebas jika mereka dilantik oleh perdana menteri, Dr Mahathir berkata terdapat "perasaan takut bahawa sesuatu akan dilakukan ke atas mereka jika cuba menjadi bebas".

"Sebagai contoh, gabenor Bank Negara telah mengemukakan laporan kepada Peguam Negara.

"Peguam Negara pula menolak laporan itu dan gabenor Bank Negara tidak dapat membuka mulutnya untuk menjelaskan bahawa beliau membuat laporan sewajarnya selepas siasatan teliti,” katanya.

Dalam kertas siasatan yang dikemukakan kepada Peguam Negara pada 21 Ogos 2015, Bank Negara mencadangkan tindakan penguatkuasaan berhubung siasatan ke atas 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS