Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bank: Kami tak terjejas dengan siasatan pada 1MDB

Falcon Private Bank tidak melihat kesan pada perniagaannya susulan publisiti berkaitan siasatan terhadap aktiviti dana kekayaan negara Malaysia, kata ketua eksekutif bank Switzerland itu.

The Wall Street Journal tahun lalu melaporkan penyiasat-penyiasat mengesan hampir AS$700 juta dari akaun di Falcon Private Bank di Singapura ke akaun-akaun di Malaysia, yang mereka percaya milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Falcon, milik dana kekayaan negara Abu Dhabi International Petroleum Investment Company, dikatakan berkata sedang berhubung dengan bank pusat Singapura dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Dana Malaysia, 1MDB, disiasat oleh beberapa pihak berkuasa di pelbagai negara, termasuk Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Dalam reaksi kepada soalan pemberita, ketua pegawai eksekutif Falcon Eduardo Leemann semalam berkata beliau tidak melihat ada kesan terhadap perniagaan bank itu susulan publisiti sekitar siasatan itu.

“Kami sedang berhubung dengan pengawal selia di seluruh dunia secara berterusan,” kata Leemann.

“Sebarang isu kawal selia yang timbul kami 100 peratus bekerjasama.

Beliau berkata demikian dalam majlis pembukaan pejabat Falcon di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai untuk pengurusan aset dan kekayaannya bagi pelanggan-pelanggan di Timur Tengah, Eropah Timur dan tempat-tempat lain.

- Reuters

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS