Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Individu-individu yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan mesyuarat pertama mereka malam tadi.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perjumpaan tertutup kira-kira dua jam bermula 9 malam itu diadakan di sebuah hotel di Serdang malam tadi.

“Kita bincang tentang beberapa tindakan atau gerak kerja aktiviti untuk mempromosikan atau memperkenalkan Deklarasi Rakyat," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Anggota parlimen Bukit katil itu juga berkata, kumpulan itu juga kini mempertimbangkan untuk mengadakan siri jelajah bagi mempromosikan Deklarasi Rakyat.

"Semalam saya juga bawa mesej Pakatan Harapan agar dapat bersama dalam siri jelajah. Dan itu sedang dipertimbangkan," katanya lagi.

Antara pimpinan yang hadir dalam mesyuarat malam tadi ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Lihat Komen
ADS