Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata beliau masih menunggu masa sesuai untuk mendedahkan “rahsia besar” berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, beliau meminta semua pihak menunggu terlebih dahulu kerana perkara itu akan didedahkan apabila tiba masanya.

"Tunggulah. Bila sampai masa sesuai nanti saya dedahkan,” katanya.

Sehari selepas mengusulkan undi tidak percaya terhadap penggantinya Datuk Seri Abdul Razif Abdul Rahman, Ahmad Said dilapor berkata beliau masih menyimpan rahsia itu untuk tidak memalukan Najib.

Ahmad berkata, disebabkan rahsia itulah beliau berhempas pulas untuk “menyelamatkan” rakyat Terengganu.

Usul tidak percaya terhadap Rafiz ditolak oleh speaker atas alasan ia bukan memperkatakan pentadbiran jentera kerajaan negeri atau tanggungjawab menteri besar tetapi mempersoalkan kewujudan pembentukan kerajaan negeri itu sendiri.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Ahmad Said ketika itu membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.

Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu 1MDB.

1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.

Lihat Komen
ADS