Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Setiausaha presiden PAS ancam saman Utusan
Diterbitkan:  Mar 27, 2016 6:38 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Utusan Malaysia hari ini diselar kerana didakwa menyiarkan laporan yang tidak tepat berhubung ucapan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, laporan yang ditulis dengan tajuk “Bersatu Tentang Agenda DAP – Hadi” disiarkan pada 22 Mac lalu salah dan berniat jahat.

Menurutnya, beberapa maklumat dalam artikel tersebut yang dipetik ketika Hadi menyampaikan ucapan semasa merasmikan Markaz Tarbiyah PAS di Bandar Tun Razak tidak dilapor oleh akhbar terbabit dengan maklumat betul.

“Tentang point tulisan pertama, ingin saya tegaskan di sini, presiden PAS tidak pernah menyebut dalam ucapan beliau tentang seruan kepada umat Islam untuk bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu untuk memerintah negara.

“Tentang point ucapan kedua, presiden PAS menegaskan bahawa DAP tidak boleh memimpin pemerintahan negara dalam suasana 30 peratus penduduk bukan Islam yang memimpin 60 peratus penduduk Islam.

“Keadaan ini akan menimbulkan suasana kekacauan dan tidak stabil dalam politik negara. Presiden PAS juga menegaskan bahawa Islam boleh menerima masyarakat majmuk kerana politik perkauman dilarang oleh Islam.

“Dalam point ucapan ketiga, presiden PAS tidak pernah menyebut tentang cita-cita lebih besar DAP yang bukan sekadar menguasai ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PAS kesal dengan laporan itu yang didakwa cuba menjatuhkan kredibiliti parti Islam itu, lebih-lebih lagi ia turut dipetik media lain.

Belau mendesak Utusan Malaysia menarik balik artikel tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Hadi sebelum akhbar itu berdepan tindakan undang-undang.

PAS turut mendesak media lain yang memetik laporan Utusan itu turut memohon maaf.

Lihat Komen
ADS