Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SU PM akan disepina bagi pertahan ‘pahlawan Bugis’
Diterbitkan:  Apr 1, 2016 5:53 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad adalah antara mereka yang akan disepina dalam saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Plaintif bersama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata demikian, selepas kenyataan Tengku Sariffudin semalam mempertahankan Najib berhubung berbilion ringgit derma yang diterima olehnya.

"Insya-Allah, saya akan sepina Tengku Sariffudin supaya dia boleh menunjukkan bukti terperinci untuk mempertahankan bosnya, pahlawan Bugis, di mahkamah.

"Tengku Sariffudin adalah kawan lama saya sejak di UiTM Shah Alam dan saya ucapkannya semoga berjaya," kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir, Khairuddin dan Ainina Saadudin memfailkan bersama saman untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Semalam, Tengku Sariffudin menyerang Wall Street Journal kerana menyiarkan laporan yang menyatakan bahawa Najib menerima sekurang-kurangnya AS$1 bilion daripada pelbagai sumber, dan membelanjakan sekurang-kurangnya AS$15 juta untuk membeli-belah, percutian dan barangan kemas.

Tengku Sariffun berkata akhbar Amerika itu berterusan dengan laporan berat sebelah, walaupun terdapat surat yang membuktikan bahawa Najib bercakap benar kerana takut berasa malu.

Najib sebelum ini berkata beliau menerima sumbangan besar tanpa sebarang syarat daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi dan menafikan menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi.

Surat bertarikh 1 Nov, 2011 dari pejabat peribadi Saud Abdulaziz Majid al Saud itu telah diterbitkan oleh Perbadanan Penyiaran Australi a (ABC) pada Selasa lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS