Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lembaga penasihat 1MDB tidak pernah bertemu, dedah KSU Perbendaharaan

PAC Lembaga penasihat 1MDB tidak pernah mengadakan mesyuarat, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Mohamad kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut Hansard pendengaran PAC mengenai 1MDB, Irwan yang juga merupakan anggota lembaga penasihat itu berkata lembaga penasihat perlu menasihati lembaga pengarah mengenai inisiatif perniagaan dan pelaburan.

"Tetapi setakat ini, mereka tidak pernah meminta nasihat kami," kata beliau pada 19 Mei 2015.

Ini mengejutkan anggota PAC, demikian menurut Hansard tersebut.

Pada pendengaran kemudian pada 17 Jun 2015, juruaudit KPMG menyatakan ia juga tidak pernah melihat sebarang minit lembaga penasihat itu.

Rakan kongsi kanan audit KPMG, Khaw Hock Hoe memberitahu PAC bahawa semasa audit, mereka tidak pernah melihat sebarang minit mesyuarat lembaga penasihat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat berkenaan.

Kelulusan beliau sebagai perdana menteri juga diperlukan untuk keputusan penting oleh 1MDB, termasuk sebarang komitmen kewangan.

PAC dalam laporannya mengenai 1MDB, bagaimanapun, tidak menyarankan sebarang tindakan terhadap Najib, sebaliknya meletakkan kelemahan firma itu ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi dan yang lainnya dalam pengurusan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS