Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan: Penyuntingan ayat tak jejas keseluruhan laporan PAC

Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata ayat berkenaan dikeluarkan kerana ia berstatus belum jelas atau dalam risikan serta bukan untuk pengetahuan awam.

"Perkara ini telah dimaklumkan ketika pembentangan laporan kepada semua anggota PAC pada 7 April lepas.

“Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata berkata pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran khusus bagi melaksanakan tanggungjawab itu telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat sebarang salah laku.

Hasan berkata demikian bagi mengulas kenyataan anggota Parlimen DAP Tony Pua hari ini yang mengatakan beberapa ayat dalam laporan akhir 1MDB telah dikeluarkan, antaranya mengenai perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.

Ayat seterusnya yang dikeluarkan ialah mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB itu, kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Pua yang juga anggota PAC berkata maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada Barisan Nasional dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB.

- Bernama

Lihat Komen
ADS