Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP sahkan khidmat pengiring bermotosikal Mahathir ditarik
Diterbitkan:  May 4, 2016 1:59 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau memberi arahan supaya khidmat pengiring bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ditarik balik.

Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu, beliau berkata keputusan berkenaan dibuat kerana anggota polis tidak boleh terbabit dengan majlis bercanggah dengan undang-undang serta perlembagaan yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu.

"Kami batalkannya kerana dia gunakan pengiring untuk menghadiri perhimpunan haram seperti himpunan BERSIH, himpunan anti-GST dan mengumpul tandatangan bagi Deklarasi (Rakyat).

"Bagaimana polis boleh mengiringnya ke himpunan tersebut? Kita tidak boleh menyokongnya, jadi saya mengambil keputusan untuk membatalkan (khidmat pengiring bermotosikal)," katanya.

Khalid bagaimanapun berkata keputusan itu bukan muktamad sambil menambah ia akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

Ketua polis itu juga memberi amaran rakyat yang bukan anggota keselamatan tetapi memberikan perkhidmatan mengiring kepada Mahathir boleh berdepan dengan pendakwaan.

Katanya, kakitangan tidak terlatih seperti itu boleh menimbulkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna lain jalan raya.

"Saya harap Tun (Mahathir) memahami pendirian kita dalam mempunyai untuk menegakkan undang-undang negara dan perlembagaan kita," katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pengiring polis untuk Mahathir sepatutnya ditarik lebih awal.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata Mahathir menggunakan pengiring polis untuk mengiringinya ke majlis-majlis yang menentang kerajaan.

Sejak melancarkan Deklarasi Rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas perdana menteri itu juga disingkirkan daripada jawatannya sebagai penasihat Petronas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS