Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Pertikaian 1MDB-IPIC boleh bawa perubahan dalam k'jaan'
Diterbitkan:  May 11, 2016 11:30 AM
Dikemaskini: 5:49 AM

Pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) boleh membawa kepada perubahan dalam kerajaan, kata sebuah agensi penarafan.

Agensi penarafan American Standard and Poor's berpendapat implikasi pertikaian 1MDB untuk kestabilan politik di negara ini boleh menjadi relevan.

"Perdana Menteri Najib Razak berkait rapat dengan syarikat itu dan tekanan yang kuat untuk beliau berundur.

"Walaupun Najib nampaknya memperkukuhkan kuasa buat masa ini, satu perubahan bercelaru dalam kerajaan tidak boleh diketepikan dan dasar yang konsisten juga boleh terjejas," kata soal jawab oleh agensi penarafan kredit itu yang disiarkan semalam.

Penganalisis penarafan kredit global S & P, Christian Ester berkata penarafan oleh agensi penarafan itu merujuk kepada keupayaan dan kesediaan untuk khidmat obligasi kewangan kepada pemiutang tidak rasmi.

"Oleh itu, kami tidak menganggap pertikaian kontrak dan penamatan perjanjian dua hala antara kerajaan atau entiti mereka sebagai mungkir," Ester dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.

Sementara itu, agensi penarafan itu berkata bahawa ia "tidak menjangka 1MDB mewakili liabiliti luar jangka yang besar kepada kerajaan".'

"Kami fikir bahawa kerajaan keberatan untuk menghulurkan sokongannya untuk hutang melebihi tahap yang telah dijamin secara jelas atau dilanjutkan di dalam surat sokongan (RM17.6 bilion atau 1.4 peratus daripada KDNK).

"Kami tidak menganggap jumlah ini penting kepada kunci kira-kira kerajaan. Namun, implikasi kepada kestabilan politik negara boleh menjadi lebih mendesak,"katanya.

Lihat Komen
ADS