Paling Popular
Terkini

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulang paku buah keras terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mahathir menuduh Najib menjadikan Umno sebagai hak milik peribadinya.

Dalam dua majlis berasingan, bekas perdana menteri itu merujuk kepada bagaimana Umno telah menjadi 'najis'.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan Najib sebelum ini yang menuduhnya menikam parti yang telah banyak memberi manfaat besar kepada ahli keluarganya.

Ini ekoran gesaan Mahathir supaya pembangkang bersatu untuk mengalahkan BN pada dua pilihan raya kecil akan datang.

"Beliau dan keluarganya dapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai PM dan ini kerana kekuatan UMNO dan BN.

"Jadi bila dia suruh orang menolak parti yang banyak berjasa, maka terdapat reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak mengambil peduli langsung apa yang diterima sebagai manfaat kerana tanpa BN dan UMNO beliau tidak akan jadi perdana menteri, takkan jadi menteri," kata Najib.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Najib itu, tambah Mahathir, Najib juga mengaut banyak manfaat sepertinya tetapi dalam keadaan yang berbeza.

"Beliau juga meraih banyak manfaat dari Umno,” ujar Mahathir. “Tetapi saya tidak menjadikannya (Umno) sebagai hartanah peribadi.”

"Kini beliau menukar Umno kepada ‘najis', saya maksudkan Najib," beliau memberitahu media di Subang Jaya.

Beliau turut mengutarakan kenyataan yang kasar dan kesat semasa sesi soal jawab sebelumnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS