Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan tak pernah kata 1MDB pelaburan baik - Johari

Kerajaan tidak pernah mendakwa bahawa 1MDB adalah pelaburan yang baik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

"Kerajaan tidak pernah berkata demikian," katanya pada persidangan Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini.

Menurutnya, model perniagaan yang salah, pengurusan lemah dan tadbir urus yang lesu adalah tiga sebab yang menyumbang kepada kekurangan daya saing 1MDB.

"1MDB bergantung kepada pinjaman untuk menjalankan pelaburan yang sebegitu besar dan tidak mampu memperolehi keuntungan dalam jangka pendek, ini adalah model perniagaan yang salah," katanya.

Tambahnya, pendedahan itu telah dinyatakan di dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB.

"Kerajaan mengakui terdapat isu dalam 1MDB, dan atas sebab itu ia mengarahkan PAC untuk menyiasat," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS