Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu kepercayaan: Banyak yang 'bising' di luar sana, akui Najib
Diterbitkan:  Jun 1, 2016 4:46 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini berkata, kerajaan berdepan dengan banyak "bunyi bising" apabila melibatkan isu kepercayaan namun mengekalkan pandangan bahawa ia hanya "persepsi".

"Masalah itu ialah masalah persepsi, masalah itu ialah tahap bising di luar.

"Tahap bising itu agak tinggi, saya akui itu...," Najib berkata demikian semasa perbincangan panel semasa Forum Ekonomi Dunia di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menerapkan semula kepercayaan di kalangan komuniti perniagaan dalam asas ekonomi, politik dan sosial Malaysia.

Najib menambah, ada beberapa perkara di luar kawalan kerajaan, seperti kesan kejatuhan harga minyak ke atas pendapatan kerajaan.

Apa yang kerajaan boleh kawal termasuklah "memastikan badan-badan penguat kuasa dalam negara berkemampuan untuk menjalankan tugas-tugas mereka".

"Dengan berbuat demikian, kita boleh menerapkan keyakinan yang tinggi," ujar beliau sambil mengaitkan dengan kenaikan dalam pelaburan langsung asing.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS