Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Murid tadika hadiahkan guru Mercedes
Diterbitkan:  Jun 8, 2016 3:26 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

GLOBAL Seorang pelajar tadika di Kuwait membuat kejutan dengan memberikan hadiah yang tidak disangka iaitu sebuah Mercedes mewah kepada guru kesayangannya setelah tamat pengajian tadika.

Noor Al Faris,5 tahun, memilih hadiah itu untuk gurunya sebagai tanda terima kasih kerana membantunya lulus peperiksaan akhir pada minggu lalu lapor Daily Mail.

Namun tempat dan juga sekolah tersebut tidak disiarkan dengan lebih lanjut.

Sekeping gambar yang tersebar menunjukkan Noor dilihat duduk di atas kereta tersebut yang bertulis di bahagian cermin dalam bahasa Arab ‘kereta ini untuk guru kesayangan saya, Nadia’.

Noor mengatakan, itu caranya dia menunjukkan terima kasih dan kasih sayang kepada guru itu yang membantunya selama belajar di tadika itu.

Namun, media tempatan melaporkan hadiah itu dibeli oleh ayah Noor kerana berterima kasih setelah guru itu membantu anaknya setelah isterinya meninggal dunia.

Sumber yang enggan dikenali itu berkata, guru itu berperanan untuk membantu melihat perkembangan Noor.

Noor kelihatan positif setelah dipantau oleh guru itu selepas kehilangan ibunya.

Harga bagi kereta itu tidak dinyatakan namun media tempatan melaporkan kereta mewah itu buatan Jerman.

Lihat Komen
ADS