Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Saya tanya dakwaan Rosmah sewa jet peribadi di mahkamah

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berikrar akan menjawab semua soalan yang diajukan oleh pihak polis sebelum ini kepadanya di mahkamah.

Beliau yang berada di Kuala Kangsar bagi menyokong calon AMANAH dalam pilihan raya kecil kawasan itu turut mengeluh bagaimana rakyat hari ini tidak tahu jika mereka akan ditangkap atau tidak kerana membuat laporan polis.

Sebelum ini, kata Mahathir, polis akan menyiasat sama ada laporan tertentu mempunyai asas atau sebaliknya , tetapi perkara yang sama tidak lagi boleh diperkatakan sekarang.

Mahathir berkata, beliau 'bertuah' juga ekoran telah dipanggil sebanyak tiga kali semata-mata untuk disoal siasat.

"Mereka bertanya kepada saya banyak perkara, tetapi mungkin kerana saya bodoh , saya tidak menjawab," kata Mahathir dalam nada bergurau semasa majlis anjuran Pakatan Harapan, hari ini.

"Jika mahu saya jawab, dakwa saya dan saya akan jawab di mahkamah," tambah beliau sambil diiringi tepukan daripada kira-kira 300 hadirin pada majlis itu.

Ketika di mahkamah, Mahathir berkata, menerusi peguamnya, beliau berhak untuk bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya mengenai kesahihan gambar jet peribadi itu.

"Saya ingin bertanya sama ada gambar adalah sahih, dengan 12 orang yang membawa beg besar.

"Jika kita mahu kemana-mana, kita ada Malaysia Airlines (MAS) dan kita boleh pergi mana-mana sahaja, tetapi dia menyewa jet dengan kos RM80 juta dan kemudian kata, mereka tidak mempunyai wang ," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS