Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib tak perlu beri keterangan dalam saman terhadap Harakah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu memberi keterangan dalam samannya terhadap lidah rasmi PAS Harakah Rabu depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung laporannya mengenai anak tiri Najib, Riza Aziz dan 1MDB.

Mahkamah Rayuan Putrajaya, yang memutuskan demikian hari ini, membenarkan penangguhan prosiding itu atas permintaan peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun selepas dia gagal mendapatkan penangguhan itu dari Mahkamah Tinggi minggu lepas.

Hafarizam memberitahu panel tiga hakim bahawa Najib mempunyai dua rayuan yang belum selesai di Mahkamah Rayuan berhubung dengan kes itu yang masih belum diputuskan.

Berikutan ini, beliau memohon penangguhan prosiding itu, dan menambah bahawa beliau percaya responden tiada membantah.

Peguam Mohd Faizi Che Abu, yang mewakili editor Harakah, bersetuju.

Dengan itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel itu, membenarkan penangguhan tersebut.

Dua lagi hakim ialah Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS