Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umat Islam di negara ini sambut Aidilfitri Rabu
Diterbitkan:  Jul 4, 2016 8:10 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Rabu ini.

Pengumuman tarikh itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran televisyen malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 6 Julai 2016 " katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS