Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dituduh seksis pada Rosmah, aktivis jawab 'saya sizeist'

Aktivis Hishamuddin Rais dikritik kerana menyerang isteri perdana menteri Rosmah Mansor, berbanding menumpukan kepada dakwaan salah laku suaminnya Datuk Seri Najib Razak.

Untuk itu, Hishamuddin didakwa cenderung membuat kenyataan berunsur seksis, kata seorang hadirin dalam acara forum membincangkan jenaka sebagai alat protes, “The Art of Mockery” di ibu negara semalam.

Seorang anggota panel Farah Rani yang juga pelakon cenderung berpandangan sama dan merasakan Hishamuddin membuat lawak yang tidak sesuai berkaitan berat badan Rosmah.

Katanya, Hishamuddin patut lebih fokus pada Najib sebagai perdana menteri dan subjek-subjek lain yang lebih menegsakan.

“Saya sizeist, bukan seksis,” jawab Hishamuddin.

“(Tetapi) saya terima (kritikan). Saya akan buat lebih banyak lawak pasal dia (Najib),” kata penulis, pengarah dan pelawak solo itu.

Acara itu sebahagian pengisian dalam acara jualan seni Arts for Grabs di Petaling Jaya semalam.

[Baca berita penuhl]

Lihat Komen
ADS