Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baju Merah dakwa BERSIH diserapi IS pula
Diterbitkan:  Sep 28, 2016 6:33 PM
Dikemaskini: 12:08 PM

Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Md Yunos hari ini mendakwa himpunan BERSIH 5 yang dijadual berlangsung 19 November ini diserapi elemen kumpulan pengganas IS pula.

Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mendakwa kenyataan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang diterimanya.

Jamal dalam sidang medianya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini mendakwa sumber-sumber yang boleh dipercayai memberitahu BERSiH mahu menjatuhkan kerajaan dengan mengepung tempat-tempat seperti lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.

"Menurut sumber yang dipercayai yang kami terima IS telah menyusup dalam BERSIH," kata Jamal.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi BERSIH berkaitan dakwaan itu.

Jamal berkata akan membuat laporan polis terhadap BERSIH susulan perkembangan itu.

"Kami akan membuat laporan polis. Kami mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa mereka telah diresapi oleh IS.

"Kami akan serahkan kepada pihak berkuasa untuk menanganinya," kata Jamal.

Sementara itu, Jamal berkata pihaknya akan menggerakkan himpunan balas bagi membantah BERSIH 5, bermula dengan konvoi mereka di seluruh negara bermula 1 Oktober ini.

Ia membabitkan enam lokasi itu adalah Johor Bharu, Lumut, Perlis, Kota Bharu, Sandakan dan Miri.

Jamal juga berkata dalam kempen tersebut mereka akan turun ke Pulau Pinang sebagai lokasi tambahan supaya polis menangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Mesej yang ingin disampaikan adalah Bersih 5 ini hanyalah alat dan agen pihak pembangkang untuk berpolitik dengan menerapkan politik kebencian kepada kerajaan," kata Jamal.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS