Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'PAS begitu lemah, tapi saya tak faham Umno Kelantan'
Diterbitkan:  Sep 29, 2016 1:53 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Kepimpinan PAS Kelantan kini didakwa begitu lemah tetapi itu belum tentu memberi kelebihan kepada musuh tradisinya Umno.

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya sendiri bagaimanapun masih tidak memberikan jawapan tegas berkaitan pendiriannya terhadap PAS.

“Saya sendiri pun tidak faham Umno Kelantan ini. Kita tengok baru-baru ini, PAS lawan kita di (pilihan raya kecil) Sungai Besar, PAS juga lawan kita di Kuala Kangsar.

“Tetapi apabila kita tanya apakah dia menjadi seteru kita, lawan kita dalam PRU nanti, dia (Umno) tidak dapat memberikan jawapan tegas,” katanya dalam wawancara disiarkan Sinar Harian hari ini.

Dalam wawancara di kediaman beliau di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini, Tengku Razaleigh bagaimanapun merasakan Umno tetap akan menentang PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi saya rasa kita tetap lawan PAS pada pilihan raya akan datang kerana orang bawahan tidak mahu kita bersatu dengan PAS.

“Dan, orang PAS juga sama, tidak mahu bersatu dengan Umno,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS