Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penyokong BERSIH, Baju Merah bertempur di Teluk Intan

Kumpulan Baju Merah dan penyokong BERSIH bertempur buat kali pertama di Teluk Intan hari ini.

Kejadian itu berlaku selepas pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Datuk Md Yunos cuba merampas kain rentang daripada kumpulan konvoi berkenaan.

Peserta BERSIH yang dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan disekat ketika tiba ke destinasi akhir mereka oleh kumpulan diketuai Jamal.

Anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Jay Jay Denis, yang berada di sana berkata mereka cuba berunding dengan Jamal kerana hanya mahu menuju ke Menara Condong untuk mengedarkan risalah.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jamal enggan berganjak dan tiba-tiba cuba merentap kain rentang yang dibawa oleh tiga peserta Bersih.

"Dia menumbuk lelaki yang berada di tengah-tengah dan kemudian berlaku tolak menolak," katanya.

Beberapa peserta cedera semasa pergelutan itu tetapi tiada siapa mengalami sebarang kecederaan serius.

Kira-kira 60 penyokong Baju Merah dan 50 peserta BERSIH berada di sana, katanya.

Pengurus sekretariat BERSIH Mandeep Singh berkata peserta mereka berundur untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Dalam video yang disiarkan di laman Facebook BERSIH, polis yang telah bersiap sedia dilihat bergerak di antara kedua-dua kumpulan untuk meredakan keadaan.

Polis rusuhan juga dilihat hadir di lokasi itu.

ADUN Pasir Bedamar ADUN Terence Naidu, yang merupakan sebahagian daripada konvoi BERSIH, berkata beliau juga telah ditolak dalam kejadian itu.

Manakala ADUN Changkat Jong ADUN Mohd Azhar Jamaluddin juga dikatakan hadir ketika konfrontasi berkenaan walaupun tidak terjebak dalam pergelutan itu.

Selepas kejadian itu, konvoi BERSIH berpindah ke pejabat AMANAH di Teluk Intan dan meneruskan acara mereka membawa obor di sana, kata Mandeep.

Tambahnya, walaupun percubaan Jamal mengganggu konvoi berkenaan, mereka berjaya membawa mesej dari Lumut ke Teluk Intan.

"Walaupun apa sahaja keganasan, saya fikir dia telah gagal untuk menghalang kita," katanya.

Ini merupakan kejadian kedua antara penyokong Baju Merah dan peserta konvoi BERSIH yang bergerak dari Lumut. Sebelum itu mereka didatangi sekumpulan 30 hingga 40 penyokong Baju Merah yang bermotosikal.

Geng Baju Merah berkenaan dikatakan telah mengekori konvoi terbabit, menarik bendera, menendang dan menumbuk cermin sisi kenderaan mereka.

Aman di Perlis

Sebaliknya, bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan yang bersama konvoi BERSIH di Perlis berkata mereka berbincang engan kumpulan Baju Merah di Arau secara aman.

"Terdapat kumpulan Baju Merah, kira-kira 40 daripada mereka, dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Shahidan Kassim ada di sana bersama mereka.

"Malah, dia datang kepada kami dan juga berjabat tangan dengan kami, dan beliau secara berseloroh berkata, 'Sebaik sahaja anda semua keluar dari sini, jangan datang lagi," kata Khairuddin kepada Malaysiakini.

Di Padang Besar, Perlis, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang juga sebahagian daripada peserta konvoi Bersih, dilihat bersalaman dengan beberapa penyokong Baju Merah '.

Konvoi BERSIH selama tujuh minggu itu dilancarkan serentak hari ini dari enam lokasi.

Konvoi itu akan menjelah seluruh 246 bandar, pekan dan kampung-kampung, dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di sepanjang perjalanan.

Matlamatnya, menurut BERSIH adalah menerangkan mengenai isu-isu berkaitan syarikat pelaburan 1MDB dan gesaan untuk penyingkiran Datuk Seri Najib Razak.

Dalam gaya Sukan Olimpik, obor simbolik akan dibawa bersama-sama dengan konvoi berkenaan, sebelum mereka berhimpun pada 19 November ini di Kuala Lumpur.

Jamal telah mengumumkan bahawa Baju Merah akan mengadakan bantahan di setiap enam lokasi untuk menentang pelancaran konvoi berkenaan, serta satu lagi di Pulau Pinang bagi membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

 

 

Lihat Komen
ADS