Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Bila saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ)m Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB diumumkan Julai lalu, timbul dua persoalan di minda orang ramai:

Bagaimana ia akan jejaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak? Apa akan jadi pada hubungan Malaysia-AS?

Untuk soalan pertama, duta AS ke Malaysia Joseph Y Yun dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Kuala Lumpur pada mulanya agak keberatan berkongsi pandangan.

“Saya rasa saya jawab soalan seterusnya,” katanya sambil ketawa apabila ditanya pandangannya berkaitan soal pencapaian Najib setakat ini.

Dan bila ditanya sama ada beliau ada nasihat untuk Najib – susulan kontroversi 1MDB dan hakikat bahawa Najib ialah Malaysian Official 1 yang disebut dalam dokumen DOJ – Yun berkata.

“Saya tiada nasihat (untuk perdana menteri) berkaitan perkara itu. Well, selamat berjaya...,” katanya sambil ketawa kecil.

“Tidak, tiada apa-apa (komen).”

Bagaimanapun, dengan nada lebih serius, Yun menegaskan terdapat sebab Riza Aziz, Jho Low, Khadem al-Qubaisi and Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dinamakan dalam saman DOJ untuk menyita aset berkaitan 1MDB.

“Keempat-empat mereka dinamakan dalam pemfailan itu kerana mereka miliki aset di AS,” katanya.

Yun berkata beliau menjangkakan pendengaran awam akan berlangsung tidak lama lagi, tetapi menegaskan ia tidak berunsur politik atau boleh menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-AS.

Ditanya kena isu berkaitan 1MDB bukan kes jenayah, Yun berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan perkara itu kerana ia keputusan DOJ.


Esok: Yun ulas dakwaan komplot AS untuk gulingkan PM.

Lihat Komen
ADS