Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Terjejas persempadanan semula? Ketahui melalui 3 cara mudah
Diterbitkan:  Oct 11, 2016 12:12 PM
Dikemaskini: 6:14 AM

Dengan tempoh bantahan bagi cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya berakhir pada Sabtu ini, gerakan reformasi pilihan raya BERSIH mempertingkatkan kempen mengumpul sokongan untuk menentang proses itu yang didakwanya tidak berperlembagaan.

Antara lain, BERSIH berkata, cadangan itu melanggar jaminan perlembagaan bahawa wajaran setiap undi akan hampir sama di seluruh Malaysia, dan kawasan pilihan raya mesti mencerminkan hubungan masyarakat.

Parti-parti pembangkang juga tidak senang dengan cadangan persempadanan semula itu.

Alasan mereka, cadangan itu akan menghakis majoriti kemenangan mereka dalam pelbagai kawasan pilihan raya. Ini kerana ia bakal meletakkan penyokong pembangkang di 'kawasan' ternteu bagi memberi manfaat kepada BN.

SPR terpaksa mendengar setiap bantahan. Bantahan hanya boleh dikemukakan jika mendapat sokongan sekurang-kurangnya 100 pengundi di kawasan berkenaan.

Bagaimana untuk mengetahui jika anda terjejas? Anda boleh menuju ke pusat SPR di kawasan tempatan anda, atau anda boleh menggunakan alat semakan persempadanan semula Malaysiakini untuk mengetahui dalam tiga langkah mudah.

Hanya pilih negeri, Dewan Undangan Negeri dan daerah mengundi daripada menu di bawah, dan ia akan memberitahu anda jika anda terjejas dan bagaimana untuk membuat bantahan.

[Nota editor: Klik di sini jika anda tidak dapat melihat menu di bawah]

Lihat Komen
ADS