Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kecoh di K Selangor: Jamal yakin kebetulan
Diterbitkan:  Oct 16, 2016 9:56 AM
Dikemaskini: 2:01 AM

Kebetulan dan tidak disengajakan - itu anggapan pemimpin kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, ketika ditanya mengenai kekecohan ke atas petugas media di Kuala Selangor semalam.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar memberitahu baju merah bukan kumpulan yang mahu menimbulkan keganasan sebaliknya beliau dilihat menyalahkan penyokong BERSIH 5 atas keadaan itu.

“Niat kami bukan untuk keganasan. Walau apapun yang berlaku... tidak ada kuning (kumpulan BERSIH), tidak ada Merah. Selagi kuning ada, selagi BERSIH ada, kami tetap akan ada,” katanya dilaporkan portal mStar Online malam tadi.

Semalam ketika konvoi BERSIH 5 berada di Kuala Selangor berlaku kekecohan di depan sebuah pasar raya di situ apabila sekurang-kurangnya dia wartawan diserang kumpulan anti-BERSIH.

Seorang daripada mereka adalah kakitangan Malaysiakini.

Berbeza daripada biasa semalam kumpulan itu tidak berpakaian baju merah.

Menurut Jamal beliau akan mendapatkan pengesahan berkenaan insiden berkenaan selepas ini.

Jika benar katanya beliau memohon maaf atas kejadian itu.

“Kalau ada insiden itu, saya bagi pihak baju merah, memohon maaf kepada rakan-rakan pemberita,” katanya dihubungi mStar Online.

Beliau juga memberitahu sedang berada di Dubai untuk transit sebelum meneruskan penerbangan pulang ke tanah air.

Jamal sepatutnya memberi keterangan kepada polis ekoran satu status dimuat naik di Facebook yang dianggap menghasut oleh polis.

Status itu dibuat dengan mengaitkan insiden 13 Mei 1969 dan mitos 'parang terbang' dengan perhimpunan BERSIH 5 yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

Bagaimanapun Jamal mendakwa status berkenaan dipalsukan.

Beliau kemudian dilaporkan berada di luar negara sejurus selepas itu.

Lihat Komen
ADS